• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukti Kerajaan Negeri Pimpinan DAP Hipokrit

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Keenganan kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir DAP menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan kerajaan negeri itu mengamalkan sikap hipokrit, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini bertentangan dengan manifesto pakatan pembangkang yang digelar Pakatan Harapan yang sebelum ini yang memasukkan agenda membasmi rasuah dalam tempoh 100 hari jika berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Meskipun Barisan Nasional (BN) ditohmah dengan pelbagai fitnah termasuk mengamalkan rasuah, namun kesemua negeri yang ditadbir BN telah pun menandatangani IBR,” kata beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Malah Kementerian (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), kita juga telah menandatanganinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Desa Perdana peringkat negeri Zon Tengah dan Selatan di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dipetik sebagai berkata SPRM kesal dengan keengganan kerajaan Pulau Pinang menandatangani IBR yang merupakan komitmen bagi sesebuah institusi untuk bersama-sama memerangai musuh nombor satu negara itu.

Pada 12 Julai lepas, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Ismail Sabri YaakobUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd