SIAPA sangka dengan hanya membunuh tikus, seorang lelaki dari Vietnam boleh jadi kaya raya hingga mampu memiliki enam cawangan syarikat sendiri.
Lelaki bernama Tran Quang Thieu itu, dihormati dan disanjung atas kejayaanya.
Kisah Thieu bermula selepas ramai warga masyarakat menderita apabila tanaman padi mereka rosak dimakan tikus.
Permasalahan ini mencetuskan idea Thieu untuk menghasilkan perangkap tikus unik hasil ciptaannya pada 1998.
Keunikan rekaan perangkap tikus ini membuatkan ia tidak memerlukan sebarang umpan dan sangat berkesan dalam membunuh tikus.
Lebih menakjubkan, hampir 30 juta perangkap ciptaan Thieu telah dijual di negara asia lain seperti Vietnam, Thailand dan Kemboja.
Perangkap ini bukan sahaja dijual kepada para petani, malah mendapat permintaan baik dari pihak hotel, hospital dan restoran.
Tak hanya menjual perangkap tikus, Thieu turut menjual tikus yang ditangkap kepada penduduk sekitar.
Hal ini kerana, rakyat Vietnam sememangnya menjadikan tikus padi sebagai juadah hidangan. Malah dakwa mereka, tikus sangat sedap dimasak sup.
Kedengaran mengelikan bukan?
Menurut Thieu, kesengsaraan pada zaman peperangan Vietnam suatu ketika dahulu menyebabkan tiada benda yang dibuang begitu sahaja termasuk binatang berekor panjang itu. Euu! – MYNEWSHUB.CC
VIDEO TIKUS GERGASI




