• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Generasi Kedua, Ketiga Semangat Peneroka Tinggi

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Generasi kedua dan ketiga Felda perlu mempunyai semangat kepenerokaan atau jati diri yang tinggi supaya mereka tidak mudah mengaku kalah apabila berdepan apa juga cabaran dan dugaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata semangat kepenerokaan, yang diadun dengan minda yang terbuka, ilmu dan kemahiran serta nilai dan akhlak yang baik, merupakan formula untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam menjadikan Felda sebuah kuasa besar ekonomi.

“Setiap anak peneroka boleh menjadi insan yang menyumbang kepada konsep kuasa besar ekonomi,” katanya ketika berucap pada majlis Salam Perantauan Warga Felda 2017 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan buku Kisah Inspirasi Tokoh Profesional Generasi Felda: Bersama Merealisasi Transformasi.

Najib berkata kesan Felda kini sudah menjangkau jauh daripada tujuan asal Felda ditubuhkan 57 tahun dulu.

“Mungkin pada ketika itu (awal penubuhan Felda) kepimpinan negara melihat penyelesaian kepada masalah kemiskinan. Macam mana hendak memecahkan kebuntuan tekanan kemiskinan melalui satu reformasi tanah.

Setelah sekian lama, konsep itu bukan sahaja berjaya dari segi menyelesaikan masalah kemiskinan tetapi membawa kepada kesan limpahan melalui wujudnya 317 tanah rancangan berlaku mobiliti sosial dalam kalangan generasi kedua dan ketiga Felda,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata mobiliti sosial menjadikan Felda unik kerana ia menjana perubahan bukan sahaja kepada generasi pertama malah generasi kedua dan ketiga.

“Ada yang sudah sampai jawatan tertinggi dalam kerajaan seperti ketua pengarah perkhidmatan awam, timbalan ketua setiausaha kanan, usahawan dan ada yang sudah jadi wakil rakyat. Ini jelas menunjukkan bahawa mobiliti sosial merupakan kesan berpanjangan Felda,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau berharap kesan limpahan berlaku bukan sahaja dalam bentuk transformasi fizikal malah transformasi minda kepada generasi kedua Felda dan seterusnya.

“Kita tidak mahu mereka masih terikat dengan kepompong mentaliti kampung. Kita hendak mereka mempunyai minda yang telah melalui transformasi yang besar,” katanya.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk kajian pemikiran generasi Felda di tanah rancangan Felda di seluruh negara.

‘Kajian pemikiran berkenaan menjadikan ahli keluarga peneroka Felda dari generasi pertama sehingga ketiga sebagai sasaran. Ia dijangka mengambil masa enam bulan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd