• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turki Lanjut Tempoh Darurat 3 Bulan Lagi

oleh AK-47
19/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim mengumumkan tempoh darurat di negara itu dilanjutkan selama tiga bulan lagi, berkuatkuasa pada Rabu, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Usul berkenaan menerima sokongan Parlimen menerusi undian oleh anggota parti pemerintah dan pembangkang.

Sebelum ini, melalui ucapan oleh Presiden, Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri dan pemimpin Parti Pergerakan Kebangsaan (MHP) Devlet Bahceli, memberikan bayangan awal darurat akan dilanjutkan.

Sementara itu, dalam satu perhimpunan agung Timbalan Perdana Menteri, Nurettin Canikli menyifatkan cubaan rampasan kuasa oleh Pertubuhan Pengganas Fetullah (FETO) sebagai satu projek “berskala global”.

Beliau berkata, projek itu dilihat bertujuan menghancurkan kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan Turki.

Mengulas mengenai tempoh lanjutan darurat, Canikli berkata, keadaan itu tidak menghalang hak dan kebebasan asas rakyat.

“Sehingga kini, tiada sesiapa kebebasannya diperkecilkan, dihadkan atau dihalang akibat darurat,” katanya.

Turki menguatkuasakan darurat pada 20 Julai 2016 selepas FETO melancarkan cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai tahun yang sama.

Sekurang-kurangnya 250 orang terbunuh dan hampir 2,200 cedera dalam cubaan rampasan kuasa itu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd