• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Masalah bekalan air bersih yang dihadapi penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Chalil di sini sejak 30 tahun lepas, bakal diatasi melalui projek khas bernilai RM4.8 juta awal tahun depan.

Timbalan Pengerusi Kesedar Datuk Nozula Mat Diah berkata projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi menaik taraf kemudahan bekalan air bersih itu sedang dijalankan dan dijangka siap awal tahun depan bagi kemudahan 1,500 penduduk sekitar.

“Projek ini bermula Mac lepas setelah penduduk merayu supaya kerajaan mempercepat usaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang sering terputus (ketika kemarau) selain kualiti air berkeladak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan projek berkenaan hari ini.

Menurutnya projek itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf semua saluran paip air ke rumah penduduk dan membina tangki baharu yang lebih besar untuk menampung keperluan jangka panjang.

Beliau berkata kawasan RKT Kesedar itu tidak mendapat bekalan air yang disediakan oleh syarikat Air Kelantan Sdn Bhd sebaliknya bergantung kepada sumber air takungan dari kawasan berbukit berhampiran.

“Walaupun (selepas ini) sumber air masih bergantung kepada tadahan air yang mengalir dari kawasan berbukit, namun air itu akan diproses terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada pengguna,” katanya.

Norzula berkata pihaknya akan memastikan sumber air yang digunakan itu mempunyai kualiti air yang terjamin dari aspek kebersihan dan kesihatan. – BERNAMA

Tags: Datuk Nozula Mat Diah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Bina Jalan 1,143KM Hubung 549 Kampung

12/04/2018
0

GUA MUSANG - Kerajaan Persekutuan telah membina sepanjang 1,143 kilometer jalan bagi menghubungkan 549 kampung di Gua Musang sejak 40...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd