• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bina Jalan 1,143KM Hubung 549 Kampung

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Kerajaan Persekutuan telah membina sepanjang 1,143 kilometer jalan bagi menghubungkan 549 kampung di Gua Musang sejak 40 tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Datuk Nozula Mat Diah berkata pembinaan jalan kampung sejak 1978 itu memberi manfaat kepada kira-kira 329,900 penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman di jajahan berkenaan.

Beliau berkata pembinaan jalan kampung itu dilaksanakan pelbagai agensi kerajaan kendalian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) seperti Kesedar dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Ini membuktikan Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil berat masalah luar bandar dengan mengatasi masalah perhubungan yang sering membelenggu mereka.

“Kita bertuah kerana Parlimen Gua Musang sentiasa dimenangi BN, sekali gus memudahkan sebarang urusan bagi pembinaan jalan-jalan kampung,” katanya ketika ditemui pada program ziarah pesakit terlantar di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil di sini, hari ini.

Katanya walaupun masih ada jalan kampung yang belum berturap, namun ia akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memberi keselesaan kepada penduduk di pedalaman. – BERNAMA

Tags: Datuk Nozula Mat Diah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Bersih Di RKT Kesedar Chalil Awal Tahun Depan

18/07/2017
0

GUA MUSANG – Masalah bekalan air bersih yang dihadapi penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Chalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd