• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50 Sediakan Rakyat Revolusi Perindustrian Ke-4

oleh Ahmad Albab
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menyediakan rakyat untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian Keempat.

Beliau berkata Revolusi Perindustrian Keempat telah menggugat model lama perniagaan, terutama dalam kalangan masyarakat yang berurusan tanpa wang dan tanpa kad.

Sambil memberikan contoh di China, beliau berkata seseorang itu boleh menggunakan telefon pintar untuk membeli apa sahaja dengan lebih mudah dan selesa sama ada di bazar atau secara dalam talian seperti Amazon.

“Inilah gaya hidup yang akan diamalkan di Malaysia pada masa depan. Inilah perubahan yang akan menimbulkan gangguan yang kita harus pastikan rakyat bersedia menghadapinya. Kita tidak boleh ubah masa depan tetapi kita boleh bantu rakyat untuk bersedia menghadapi masa adepan, “ katanya dalam ucapan pembukaan Dialog Meja Bulat TN50 dengan para saintis Malaysia di sini hari ini.

Kira-kira 20 saintis dari pelbagai bidang menghadiri dialog meja bulat itu di Perdana Putra di sini. Turut hadir Presiden Akademi Sains Malaysia Prof Datuk Asma Ismail dan Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata lebih banyak peruncit berhadapan dengan kemungkinan menutup perniagaan mereka pada permulaan Revolusi Perindustrian Keempat.

“Dalam masa terdekat kemungkinan lebih ramai lagi akan terancam apabila lebih banyak yang membeli secara dalam talian. Ini telah meningkatkan perkongsian perniagaan peruncit biasa.

“ Kita melihat tanda-tanda ini di banyak negara. Malaysia tidak terkecuali. Oleh itu kita perlu menyediakan rakyat kita. Ini yang sebenarnya kita perlu ambil perhatian,” katanya.

Najib berkata kerajaan komited dengan pendekatan dari bawah ke atas untuk predikat TN50 bagi memastikan arah masa depan dan visi negara mencerminkan aspirasi rakyat dan memberikan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat.

“Kerajaan memulakan penglibatan TN50 dengan golongan muda kerana ia milik mereka. Kemudian kami perluaskan penglibatan itu untuk meliputi semua segmen dalam masyarakat, termasuk masyarakat awam, ahli akademi, kakitangan awam dan ahli profesional.

“Saya berharap semua saintis yang hadir hari ini akan berkongsi pengetahuan, pengalaman, pandangan dan kebijaksanaan anda bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang kreatif dan inovatif,” katanya.

Najib turut menekankan akan pentingnya sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi proses peralihan negara menjadi masyarakat yang berasaskan pengetahuan dan inovasi.

“Peranan inovasi kini lebih meluas…bagaimana untuk menangani STEM bagi meletakkannya di hadapan dan lebih popular dari segi penerimaan dalam sistem pendidikan,”katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd