• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Tiket Bersepadu Rel Akhir Tahun 2017

oleh Ahmad Albab
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket bagi perkhidmatan rel di negara ini dijangka dilaksanakan menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata sistem integrasi tiket tersebut melibatkan semua perkhidmatan rel termasuk projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura dan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menghubungkan Pantai Timur dengan Lembah Klang.

Katanya, dua pengendali terbesar perkhidmatan rel, Keretapi Tanah Melayu Berjad (KTMB), yang mengendalikan perkhidmatan Komuter dan pengendali sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Prasarana Malaysia berhad (Prasarana) sudah mengadakan perbincangan ke arah mewujudkan sistem tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, ada beberapa isu perlu diselesaikan terlebih dahulu berikutan kedua-dua pengendali tersebut mempunyai sistem tiket yang berlainan.

“Sistem in saling lengkap antara perkhidmatan rel dan mudah untuk penumpang melakukan perjalanan dengan menggunakan hanya satu tiket,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mural di stesen LRT Ampang Park di sini hari ini.

Sistem tersebut merupakan inisiatif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai salah satu transformasi kerajaan memperbaiki kecekapan pengangkutan awam darat, sekali gus meningkatkan keselesaan pengguna.

Mengenai majlis, Liow berkata seni mural yang dilakukan oleh beberapa pelajar kolej pada dinding stesen LRT berkenaan mencerminkan kewujudan pelbagai budaya dan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Beliau berkata mural tersebut adalah salah satu kaedah membantu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat daripada berbilang kaum dan bangsa di negara ini.

“Melalui seni mural ini, kita akan dapat mengekalkan tradisi dan budaya kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd