• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Perak Rasmi Fakulti Perubatan UiTM Teluk Intan

oleh Ahmad Albab
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Teluk Intan di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di-Hilir Perak dan Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, pegawai kerajaan dan exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Idris dalam ucapannya, berkata kewujudan Fakulti Perubatan UiTM kampus Teluk Intan bertepatan dengan aspirasi untuk melahirkan pelajar perubatan berstatus antarabangsa yang mampu memenuhi kekosongan keperluan perubatan di dalam mahupun di luar negara.

Katanya, kampus berkenaan telah dibina dengan tujuan menjadikan ia sebagai sebuah Pusat Kaji Selidik Komuniti yang memberikan penekanan terhadap kesihatan masyarakat di luar bandar.

“Kita sedia maklum, kampus perubatan amat penting bagi memastikan kelestarian taraf kesihatan sentiasa berada pada tahap terbaik. Kejayaan UiTM menyumbang dalam peningkatan sistem pendidikan perubatan sememangnya tidak dapat dinafikan.

“Justeru itu saya percaya kewujudan kampus perubatan ini mampu memberikan banyak impak positif, bukan saja kepada pelajar bahkan juga memberi manfaat kepada masyarakat di sekitarnya,” katanya.

Bercirikan seni bina moden dan futuristik, UiTM kampus Teluk Intan yang dibina di atas tanah seluas empat hektar itu dikhususkan untuk pelajar Fakulti Perubatan dan pembinaannya telah siap pada Oktober 2010.

Ia menempatkan pelajar tahun tiga Fakulti Perubatan untuk tugasan kesihatan luar bandar dan kesihatan awam pada penghujung 2010.

Kini pengambilannya ditingkatkan kepada seramai 230 pelajar dalam setiap pengambilan, menjadikannya jumlah pengambilan teramai dalam kalangan fakulti perubatan di Malaysia. – BERNAMA

Tags: UiTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd