• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Diarah Tampil Bantu Siasatan Kes FIC Beli Hotel

oleh Ahmad Albab
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyenaraikan beberapa saksi penting untuk hadir ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Menurut sumber dalaman, SPRM telah menyerahkan notis kehadiran itu kepada saksi-saksi berkenaan bagi membolehkan pihak berkuasa itu mengambil keterangan mereka secepat mungkin bagi melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

Sumber itu berkata pasukan penyiasat SPRM, terdiri daripada Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Perlucutan Harta juga telah hadir ke pejabat FIC di Jalan Gurney, di sini pada kira-kira 10.30 pagi tadi bagi mendapatkan maklumat serta menyampaikan notis berkaitan dan segala prosedur itu selesai pada kira-kira 5.45 petang ini.

“SPRM telah mengambil beberapa dokumen penting daripada pejabat FIC berhubung pembelian hotel empat bintang di London pada sekitar tahun 2013 dan 2015,” kata sumber itu kepada Bernama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat yang diterima itu.

“Pasukan siasatan telah meneliti kesemua dokumen dan maklumat yang telah diperolehi ketika hadir ke pejabat FIC.

Saksi-saksi penting akan mula dipanggil esok untuk merakam percakapan bagi membolehkan pasukan penyiasat melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Baru-baru ini, SPRM dalam satu kenyataan berkata beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014 selepas SPRM menerima maklumat baharu berhubung kes itu.

Hasil maklumat siasatan awal mendapati FIC, yang merupakan entiti pelaburan yang diwujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 2013, didakwa membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

Kenyataan itu menjelaskan individu-individu berkenaan merupakan saksi penting bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2015.

SPRM pernah menyiasat kes ini pada Mei 2015 dan mendapati tiada sebarang salah laku dalam pembelian itu. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd