• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiba-Tiba Pembangkang Mahu Dilibatkan Projek MRT

oleh AK-47
17/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang tiba-tiba mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya melibatkan mereka dalam projek Transit Aliran Massa (MRT) yang dianggarkan bakal memberi manfaat kepada jutaan rakyat negara ini.

Permintaan yang dibuat tanpa sedikit pun rasa malu itu dikemukakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek kedua fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di Kajang, Selangor hari ini.

Lebih memalukan, wakil pemimpin pembangkang, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat permintaan itu selepas pelbagai kritikan dan kecaman mereka lontarkan keatas projek pengangkutan moden itu selama ini.

Nurul Izzah sekonyong-konyong memberi alasan kononnya penglibatan pemimpin pembangkang dalam projek tersebut merupakan tatacara yang telah lama dilaksanakan secara demokrasi di negara maju lain supaya mereka dilibatkan dalam projek kerajaan untuk rakyat tersebut.

“Saya mahukan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Pengangkutan Awam sebagai usaha memperkemas tatacara tadbir urus sistem pengangkutan negara.

“Ia membolehkan kami di kerusi pembangkang terlibat secara langsung kepada operator dan pelaksana projek terlibat, dalam kes ini MRT Corp dan Prasarana Malaysia atas nama Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nurul izzah juga memberi alasan pemimpin pembangkang mahu terlibat dalam projek itu kononnya bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna dan kerajaan.

“Luhur, tidaklah menjadi niat utama dalam mengkritik setiap dasar kerajaan tanpa hala tuju. Tetapi projek ini adalah projek infrastruktur paling mahal yang pernah kita bina dalam sejarah negara,” katanya memberi alasan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMRTpembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd