• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50 Perlu Sokongan Sektor Swasta – Khairy

oleh Ahmad Albab
17/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penglibatan sektor swasta, korporat dan syarikat-syarikat tempatan diperlukan bagi menjayakan visi dan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata program berkaitan TN50 selama ini dianjurkan kerajaan namun ia memerlukan sokongan dan usaha daripada pihak lain juga bagi memastikan aspirasi dan pandangan yang diperoleh, betul-betul mewakili semua segmen masyarakat.

“Proses TN50 itu menjadi proses yang bottom up (dari bawah ke atas), bukan hanya program rasmi kerajaan sahaja tetapi juga program dianjurkan peribadi dan dianjurkan bukan daripada kerajaan. Contohnya pada hari ini, apabila kita mendengar aspirasi eksekutif muda Petronas, kita juga mendengar pandangan yang mempunyai kelayakan tinggi, bekerja di sektor swasta, yang membawa perspektif baharu dalam membina masa depan Malaysia.

“Yang dibangkitkan hari ini adalah mengenai perpaduan, pendidikan, nilai-nilai kemasyarakatan, kemahiran rakyat Malaysia dan keselamatan tenaga serta masa depan sektor tenaga.

“Perbincangan yang sangat menarik kerana menyentuh bukan sahaja masa depan negara tetapi masa depan syarikat dalam sektor tenaga seperti Petronas,” katanya selepas sesi Dialog TN50 di sini.

Dialog TN50 x: Profesional Muda Petronas Merencana Masa Depan itu turut dihadiri Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Khairy menjelaskan bahawa adalah sangat penting bagi kerajaan mendapatkan perspektif luar daripada skop kerajaan termasuk daripada syarikat besar, sederhana dan kecil untuk menjayakan TN50 itu.

TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.

Kementerian Belia dan Sukan diberi tanggungjawab untuk mengumpulkan aspirasi TN50 daripada golongan belia sepanjang 2017, selepas pelan transformasi nasional selama 30 tahun itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2017. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen, ADUN Melayu DAP Diseru Kembali Ke Pangkal Jalan

Ahli Parlimen, ADUN Melayu DAP Diseru Kembali Ke Pangkal Jalan

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mempersoalkan keikhlasan DAP dalam memberi ruang serta membangunkan...

“Tak Sangka DAP Guna Jawatan GLC Untuk Berjual Beli Politik”

“Tak Sangka DAP Guna Jawatan GLC Untuk Berjual Beli Politik”

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas DAP kerana menggunakan jawatan syarikat berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd