• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT: Kejayaan Besar Kerajaan Majukan Pengangkutan Awam

oleh Ahmad Albab
17/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Pelancaran fasa kedua Laluan Transit Aliran Massa (MRT) pertama hari ini merupakan kejayaan besar kerajaan dalam usaha berterusannya untuk memajukan dan menambah baik rangkaian pengangkutan awam, khususnya di kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51km akan memberi akses yang lebih baik kepada penumpang di sepanjang laluan itu.

Katanya, Laluan MRT SBK direka bentuk bagi memastikan wujudnya integrasi serba lengkap dengan perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada dan akan datang seperti Transit Aliran Ringan (LRT), LRT3, MRT2 dan KTM Komuter.

“Persimpangan ini akan mewujudkan satu rangkaian pengangkutan awam bersepadu bersifat holistik, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, terjamin dan lancar untuk rakyat.

“Saya amat berharap agar kami akan dapat terus meningkatkan kekerapannya (perkhidmatan berkenaan) pada masa akan datang.

“Dengan perasmian laluan Semantan-Kajang hari ini, saya amat yakin jumlah penumpang akan bertambah dengan begitu banyak,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran MRT di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyifatkan projek MRT yang siap dilaksanakan itu sebagai suatu hadiah untuk rakyat, terutama di Selangor.

Katanya daripada 31 stesen Laluan SBK yang telah dibina, majoriti terletak di Selangor.

Fasa kedua Laluan MRT SBK yang dilancarkan di stesen bawah tanah Tun Razak Exchange hari ini, mengandungi 19 stesen baharu, tujuh daripadanya terletak di bawah tanah.

Stesen berkenaan ialah Muzium Negara, Pasar Seni, Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Maluri, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Mutiara, Taman Connaught, Taman Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu Sebelas Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih, Stadium Kajang dan stesen Kajang.

Setiap set tren yang mengadakan perkhidmatan di Laluan MRT SBK mempunyai empat gerabak dan mampu mengangkut 1,200 penumpang bagi setiap perjalanan, dengan jumlah penumpang dianggarkan 400,000 orang setiap hari.

Tren berkenaan akan mengadakan perkhidmatan pada kekerapan 3.5 minit pada waktu puncak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd