• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larian Obor Sukan SEA Tiba Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asean Kesembilan kini tiba di Terengganu dengan disambut meriah bersama iringan kereta kuda.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima obor acara itu daripada Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak, Kelantan Datuk Zawawi Othman di pintu gerbang sempadan Kuala Besut, Kampung Panchakan, Pasir Puteh kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Ahmad Razif sempat berlari membawa obor berkenaan sejauh 50 meter sebelum dibawa menaiki kereta kuda dan disambut 2,000 orang di Dataran Muara Kuala Besut.

“Terengganu akan membawa (obor) ke semua lapan daerahnya hingga ke destinasi terakhir iaitu Kemaman pada 24 Julai ini.

Seramai 71 atlet Terengganu yang mewakili negara juga akan turut sama menyertai acara ini. Keunikan gimik ini nanti adalah obor ini akan dibawa melalui laluan laut iaitu dengan menyelam (skuba driving) di Pulau Perhentian esok,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan.

Ahmad Razif berkata temasya Sukan SEA mampu memupuk semangat solidariti dan cintakan tanah air yang tidak berbelah bahagi.

“Kita harus bersyukur dengan apa yang telah kita kecapi, dengan apa yang telah kita sediakan ‘molek doh’ (telah elok). Moga pasukan Malaysia akan dapat mengumpul pingat emas terbanyak dan menjadi Juara Sukan SEA 2017,” katanya.

Selain itu dalam sidang media, beliau berkata kerajaan negeri bersedia memberi imbuhan kepada atlet daripada negeri Terengganu yang berjaya meraih pingat.

Bagaimanapun bentuk ganjaran akan ditentukan kemudian berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri mengikut kategori tertentu.

Mengenai acara perlumbaan kuda lasak endurance di Terengganu International Park, Lembah Bidong, Setiu, Ahmad Razif berkata segala persiapan telah dibuat termasuk penyediaan latihan kepada sukarelawan dan beliau berharap acara itu dapat berlangsung seperti yang dirancang.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan turut mewakili kontinjen negara bagi acara endurance dalam sukan ekuestrian.

Esok larian obor akan bermula di Jeti Kuala Besut sebelum dibawa ke Pulau Perhentian, Setiu manakala pada 18 Julai ke Bandar Permaisuri dan seterusnya ke Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kerteh dan terakhir di Kemaman pada 24 Julai. – BERNAMA

Tags: Larian Obor KL 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negaraku Bangkit Bersama, Mesej Najib Untuk KL2017

06/08/2017
0

KUALA LUMPUR - 'Negaraku Bangkit Bersama'. Ini mesej ditinggalkan Datuk Seri Najib Tun Razak di atas 'pledge car' Sukan SEA...

Lebih 10,000 Peserta Sertai Larian Obor KL 2017 Di Terengganu

24/07/2017
0

KEMAMAN - Terengganu berjaya mencatat lebih 10,000 pelari sukarelawan sepanjang sembilan hari berlangsungnya Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd