• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Santuni Puluhan Ribu Tetamu Di Open House UMNO

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan parti hari ini bersama-sama puluhan ribu tetamu meraikan majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 hari ini, yang disambut ceria dan penuh keharmonian.

Najib, yang juga Presiden UMNO, tiba kira-kira 11.50 pagi di Dewan Tun Razak 1 Pusat Dagangan Dunia Putra, segak bergaya dengan sepersalinan baju Melayu berwarna kuning sedondon dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Pergerakan Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin; Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Mas Ermiyati Samsudin; Ketua Penerangan, Tan Sri Anuar Musa, anggota Majlis Tertingggi, barisan jemaah menteri dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Hadirin disajikan dengan pelbagai jamuan istimewa daripada badan perhubungan UMNO negeri masing-masing seperti Soto Bangi, Rendang Arau, Mee Bandung Muar, Laksa Kedah, Nasi Kandar Penang dan pelbagai juadah selain dipersembahkan dengan nyanyian dan tarian tempatan.

Suasana majlis kelihatan padat dan sesak apabila masyarakat daripada pelbagai lapisan, latar belakang, agama sanggup beratur di setiap gerai makanan dan juadah yang dihidangkan hingga memenuhi setiap pelosok dewan.

Ada antara tetamu yang tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan bergambar dengan tetamu kehormat dan artis tempatan bagi merakamkan memori Syawal bersama.

Terdapat juga tetamu yang terdiri pelbagai bangsa dan pelancong asing hadir serta menceriakan rumah terbuka itu yang turut disajikan dengan persembahan kebudayaan.

Antaranya, Muliandy Goppan, 54, dari Jalan Masjid India berkata beliau gembira kerana berpeluang menghadiri rumah terbuka itu di samping berasa bangga kerana dapat berkumpul dengan masyarakat pelbagai kaum.

“Walaupun UMNO merupakan parti orang Melayu tetapi hari ini kita dapat lihat masyarakat berbilang bangsa turut hadir memeriahkan acara. Ini baik untuk perpaduan. Saya sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa India berasa gembira dapat turut serta, kita dapat rasakan kedekatan itu,” katanya.

Sementara itu, Beatrice Chong, 25, seorang pelajar universiti swasta tempatan jelas teruja dan gembira dapat bertemu Perdana Menteri.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusuf sebelum ini berkata kira-kira 50,000 hingga 70,000 tetamu dijangka memenuhi rumah terbuka tahunan tersebut yang dianjurkan hingga 3 petang ini. – BERNAMA

Tags: Rumah TerbukaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd