• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Mahathir Disifatkan Pengkhianat UMNO

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat UMNO kerana berpaling tadah menyokong dan menyertai Pakatan Harapan demi kepentingan peribadi.

Beliau berkata perkara itu berdasarkan kepada tindak tanduk bekas perdana menteri itu yang sering melakukan ‘pusingan U’ terutamanya membabitkan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya jika dahulu Dr. Mahathir sendiri menghasut akar umbi berhubung salah laku bekas timbalan perdana menteri itu, namun kini sebaliknya.

“Sebelum ini Dr. Mahathir sendiri yang laungkan bahawa Anwar ini jijik dan menyebarkan secara meluas ke peringkat akar umbi tetapi… beliau secara tiba-tiba membuat ‘pusingan U’ menyatakan bahawa pemenjaraan Anwar dilakukan secara tidak adil dan tidak melalui sistem perundangan yang betul.

“Ini jelas menunjukkan keperibadian beliau yang sanggup mengkhianati UMNO yang pernah diterajuinya selama 22 tahun,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, di sini hari ini.

Terdahulu, ketika merasmikan persidangan itu, Zambry mengingatkan semua anggota dan pemimpin UMNO untuk membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata semua anggota perlu mempersiapkan minda dan tegas serta teguh untuk berhadapan dengan pelbagai serangan politik pakatan pembangkang.

“Serangan parti pembangkang ini jelas seperti Joseph Goebbels di mana mereka menyusun propaganda dengan sistematik selain turut disampaikan secara berulang untuk memastikan ia terus melekat di hati masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry turut mengingatkan semua anggota UMNO supaya tidak angkuh dengan kuasa dan mandat yang diberikan oleh rakyat selain tidak mudah rasa selesa dengan sentimen bahawa rakyat akan tetap menyokong parti itu sepanjang masa. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Lebih tiga jam juga saya menunggu dan dapat berjumpa Tuanku kira-kira pukul 10 pagi. Syukur kenderaan baginda...

Setiausaha Wanita PKR Kata Kenyataan Tony Pua Memburukkan Keadaan, Kasthuri Patto Pertahan Kenyataan Tony Pua

Setiausaha Wanita PKR Kata Kenyataan Tony Pua Memburukkan Keadaan, Kasthuri Patto Pertahan Kenyataan Tony Pua

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sangetha Jayakumar menyifatkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd