• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah RM6.2 Juta Dirampas, 12 Individu Ditahan

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM6.2 juta dan menahan 12 individu dipercayai anggota sindiket memproses dadah dalam lima serbuan sekitar bandaraya Johor Bahru pada Isnin lepas (10 Julai).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata turut dirampas dalam serbuan itu sebutir bom tangan, empat pucuk pistol dan 140 butir peluru.

Beliau berkata serbuan di kawasan Perling, Larkin dan Bandar Dato’ Onn itu membabitkan penahanan 12 individu terdiri daripada lima lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Singapura, seorang lelaki warga Vietnam, empat wanita warga China dan seorang wanita warga Vietnam dipercayai anggota sindiket pemprosesan dadah.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 dan 58 tahun. Hasil siasatan juga mendapati terdapat pelbagai jenis dadah yang diproses oleh sindiket itu antaranya syabu, ketamin dan kokain yang dipercayai dijual bagi pasaran Indonesia dan Singapura,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Nilai sitaan harta dianggarkan sebanyak RM620,000 termasuk pelbagai wang tunai bernilai RM57,000, tujuh buah kenderaan, tujuh utas jam tangan dan pelbagai jenis barang kemas. – BERNAMA

Tags: dadahJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd