• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggodam Mesin ATM Akan Diekstradisi Dari London

oleh Ahmad Albab
19/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan polis London akan mengekstradisi seorang lelaki bagi membantu siasatan kes menggodam 17 mesin juruwang automatik (ATM) yang membabitkan kerugian lebih RM3 juta, September lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Jenayah Siber dan Multimedia) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Kamarudin Md Din berkata, Paladi Grigore, 37, kini sedang didakwa di Mahkamah United Kingdom atas jenayah sama yang dilakukan di negara itu.

“Kita memerlukan bahan bukti yang kukuh untuk menuduh suspek. Menurut Interpol, mereka telah menemui beberapa bahan bukti seperti topi dan pakaian yang sama seperti yang tertera dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperoleh polis Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata PDRM juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi mendapat bantuan perundangan untuk mendakwa suspek.

Media tempatan hari ini melaporkan Paladi Grigore yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Republik Moldova dan Romania ditahan di London pada 24 Okt lepas kerana disyaki mendalangi jenayah yang sama di United Kingdom sekitar Mei lepas.

Tangkapan suspek dimaklumkan kepada Interpol Kuala Lumpur melalui Interpol London.

Mohd Kamarudin berkata hasil siasatan mendapati kegiatan penggodaman didalangi 10 hingga 12 suspek di mana Grigore dikenal pasti telah menggodam empat mesin ATM di negara ini iaitu di Seksyen 9, Shah Alam; Seksyen 14 Sea Park; Jalan Yong Shook Lim, Petaling Jaya dan Puchong.

Pada September lepas, negara digemparkan dengan kes penggodaman 17 mesin ATM di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu.

Kejadian penggodaman pertama kali berlaku di Malaysia selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM sejak 1997 hingga 2002.

Jenayah pengklonan berjaya diatasi selepas Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM pada 2003. – BERNAMA

Tags: Godam ATM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes godam ATM gemparkan pemilik akaun bank

16/12/2014
0

KUALA LUMPUR - Tahun ini negara digemparkan dengan kes penggodaman 17 buah mesin juruwang automatik (ATM) di ibu negara, Selangor,...

Godam Mesin ATM, PDRM Mohon Bantuan Interpol

03/11/2014
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon bantuan Interpol di Perancis untuk membantu berhubung kes menggodam 17 buah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd