• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiket Bola Jaring, Keranjang Sukan SEA Habis Terjual!

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiket bagi acara sukan bola keranjang, bola jaring dan taekwondo Sukan SEA Kuala Lumpur yang dijadual bermula 14 hingga 30 Ogos depan telah habis dijual.

Menurut laman web rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur, www.kualalumpur2017.com.my, tiket bagi acara akhir pencak silat serta acara akhir renang turut laris dijual.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong ketika ditemui pemberita berkata bilangan tempat duduk di venue pertandingan tertentu berkemungkinan akan ditambah lagi.

Antara tempat duduk venue pertandingan yang akan ditambah ialah bagi acara bola jaring di Stadium Juara, Bukit Kiara dan sepak takraw di Stadium Titiwangsa.

“Stadium Juara (untuk acara bola jaring) boleh menampung sehingga 1,000 penonton dalam satu-satu masa, kita akan pertimbangkan untuk tambah tempat duduk,” katanya selepas merasmikan platform Digital KL2017 di sini hari ini.

“Saya telah minta setiap persatuan sukan untuk perhalusi keadaan di setiap venue. Sekiranya tiket bagi sukan berkenaan telah habis dijual, mungkin kita boleh menambah bilangan tempat duduk di venue itu.

“Bagaimanapun, kita akan mengawal penambahan penjualan tiket itu dan keutamaan tetap akan diberikan kepada penyokong Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd