• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Negeri Pertama Keluar MyKid Di UTC

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu menjadi negeri pertama di Malaysia yang mengeluarkan MyKid di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dengan mula beroperasi pada Rabu depan.

Dengan adanya mesin mencetak MyKid di setiap UTC, ia bakal memendekkan waktu menunggu mendapatkan MyKid dan sijil kelahiran daripada 30 hari kepada 24 jam sahaja, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Mohd Zahari Hassan.

Beliau memberitahu pemberita demikian pada program Perasmian Hab Percetakan Teragih (DPP) MyKad Negeri Terengganu di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah JPN negeri Mohamad Nasir Kareem.

Menurutnya projek Hab DPP adalah penambahbaikan kepada sistem DPP yang melalui pelaksanaannya, sebanyak 36 daripada 55 pejabat DPP dijadikan Hab DPP untuk mencetak permohonan MyKad daripada 157 pejabat JPN berdekatan yang sebelum ini dicetak di Ibu Pejabat JPN setiap negeri.

“Setakat ini, Terengganu menjadi negeri ke-10 yang melaksanakan projek Hab DPP dengan melibatkan tiga Hab DPP dan tujuh Sub Hab DPP,” katanya.

Hab JPN UTC Terengganu akan membuat cetakan MyKad bagi Sub Hab Negeri Terengganu, JPN daerah Marang dan JPN daerah Hulu Terengganu.
Hab JPN daerah Dungun akan membuat pencetakan bagi Sub Hab JPN cawangan Bandar Baru Kerteh, JPN cawangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Al Mukhtafi Billah Shah dan JPN daerah Kemaman manakala Hab JPN daerah Besut akan membuat cetakan bagi permohonan MyKad dari Sub Hab JPN Setiu.

Mohd Zahari berkata selain itu, tempoh siap MyKad dipendekkan kepada 24 jam manakala permohonan MyKad di pejabat JPN yang dicetak di Ibu Pejabat negeri kekal 10 hari di Semenanjung dan 30 hari bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tempoh serahan MyKad di pejabat Sub Hab pula dipendekkan dari 10 hari bekerja kepada lima hari bekerja bagi pejabat-pejabat di Semenanjung dan 30 hari bekerja kepada tujuh hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak, katanya. – BERNAMA

Tags: Mykid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Hampir 30 Peratus Ibu Bapa Belum Tuntut MyKid

Hampir 30 Peratus Ibu Bapa Belum Tuntut MyKid

11/03/2023
0

Kuala Lumpur : Hampir 30 peratus kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) belum dituntut oleh ibu bapa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd