• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Sudah Ada Bayangan Sasaran Pingat Sukan SEA

oleh Ahmad Albab
14/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan sudah mempunyai jumlah pingat yang disasarkan untuk kontingen negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Katanya beliau telah menerima laporan daripada semua persatuan sukan, sekali gus memberi bayangan kepadanya akan jumlah pingat yang perlu diraih Malaysia untuk bergelar juara keseluruhan temasya dwitahunan itu.

“Saya ada sasaran jumlah pingat, cuma tunggu masa yang sesuai untuk diumumkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran platform digital KL2017, di sini hari ini.

Mengulas sasaran 100 pingat emas yang diumumkan oleh juara bertahan Thailand, Khairy berkata Malaysia melihat angka itu sebagai satu motivasi yang tinggi untuk kontingen negara.

“Mereka (Thailand) memberi cabaran dengan menyatakan hasrat untuk mencapai 100 pingat emas dan kita akan hadapinya dan ia merupakan satu cabaran yang menarik untuk disaksikan pada Sukan SEA nanti,” katanya.

Sementara itu, Khairy menjelaskan sebarang perlawanan persahabatan membabitkan skuad polo negara yang akan beraksi di Sukan SEA hanya boleh ditentukan oleh badan induk sukan itu.

Khairy ditanya mengenai permintaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mencadangkan skuad polo negara mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Royal Johor Polo Club yang turut disertai oleh Tunku Ismail sendiri.

Sebelum ini Khairy berserta enam lagi pemain telah dinamakan sebagai atlet polo dan terpilih untuk menjalani latihan fasa akhir di Pekan, Pahang.

Khairy juga menekankan aspek pengurusan masa sebagai kunci utama bagi dirinya dalam persediaan menghadapi Sukan SEA, Ogos nanti.

“Setiap orang dalam pasukan (polo) sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd