• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Sahut Cabaran ‘Penyibuk’ Untuk Berdebat

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ketua Pemuda MCA Senator Datuk Chong Sin Woon berkata beliau menyahut cabaran anggota Parlimen Rasah yang juga Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan Teo Kok Seong untuk berdebat.

“Saya tiada masalah untuk berdebat dengan Teo tetapi kenapa beliau (Teo) pula yang menyibuk mahu berdebat dengan saya, sedangkan sebelum ini saya mencabar DAP negeri untuk mengekalkan ADUN Lobak, Siow Kim Leong dan ADUN Temiang Ng Chin Tsai pada pilihan raya umum akan datang, walaupun kedua-dua ADUN berkenaan mempunyai rekod yang sangat teruk sebagai ADUN kawasan itu.

“Sepatutnya, kedua-dua ADUN berkenaan bersuaralah selepas cabaran saya lontarkan sebelum ini, kerana ia menyentuh Parlimen Seremban… ini tidak, Teo pula yang menyibuk. Bagaimanapun tidak mengapa, saya menyahut cabarannya untuk berdebat termasuk mengenai pendidikan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata demikian bagi mengulas tindakan Teo yang mencabar beliau untuk berdebat secara terbuka baru-baru ini.

Mengulas lanjut, katanya beliau melihat DAP cuba melarikan diri daripada menjawab soalan dilontarkannya buat pertama kali berhubung kedua-dua ADUN DAP itu yang didakwa tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai ADUN.

“Daripada rekod, jelas tiada seorang ADUN DAP yang akan kekal bertanding di kawasan berkenaan lebih dua penggal. Mereka akan terus ditukarkan dan tidak perlu bertanggungjawab di kawasan berkenaan.

“Apa yang saya dapat daripada lontaran soalan yang saya kemukakan sebelum ini daripada DAP adalah sindiran dan maki hamun. Itu bukan standard politik, jadi mari kita berdebat,” katanya.

Chong berkata tarikh, masa dan tempat berdebat itu akan ditentukan oleh pegawainya. – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin WoonMCA
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon

MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan memberi petanda positif...

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon melahirkan rasa kesal dengan tuduhan Pakatan Harapan (PH) konon Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd