• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Kekosongan Jawatan Gred19 Dalam JPJ Perlu Diisi

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan 50 kekosongan jawatan pegawai penguat kuasa gred19 sehingga akhir tahun ini, selepas mendapat arahan untuk mengisi kekosongan jawatan itu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, kekosongan perjawatan itu melibatkan pengambilan di seluruh negara dan ia perlu dibuat bagi memantapkan gerak kerja dan operasi yang dijalankan agensi terbabit.

“Tahun lepas, kita telah buat pengambilan untuk 602 anggota dan pada ketika ini masih terdapat kira-kira 50 lagi kekosongan ditawarkan terutama membabitkan jawatan pegawai penguat kuasa gred19.

Kita amat memerlukan penambahan ini disebabkan berlakunya penambahan daripada aspek jaringan jalan raya, pusat transformasi bandar (UTC) dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri di JPJ Perak, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kekosongan itu turut tertakluk di bawah perjawatan sedia ada dan tidak melibatkan penambahan baharu daripada sudut kuota jawatan.

“Jawatan yang ditawarkan itu telah sedia ada dalam perjawatan SPA dan ia bukannya daripada penambahan atau kewujudan jawatan baharu,” katanya sambil menambah permohonan boleh dibuat menerusi SPA.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Ahmad berkata, pemantauan rapi yang dilakukan anggota JPJ di lorong kecemasan di kebanyakan lebuh raya juga telah berjaya dalam memastikan ia tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pengguna tidak bertanggjawab.

“Pendekatan ini akan kita teruskan kerana kita dapati berlaku penurunan kadar penggunaannya selepas kita jalankan pemantauan secara kerap,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menggesa orang ramai supaya menggunakan talian penting JPJ (011-51115252) untuk membuat aduan sekiranya berlaku pelbagai masalah yang melibatkan pengguna jalan raya.

“Orang ramai hanya perlu ambil gambar, nombor plat kenderaan dan di kilometer (mana) berlaku kejadian tersebut. Kita akan lakukan tindakan susulan sekiranya didapati benar ada kesalahan yang dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Wan Ahmad Uzir Wan SulaimanJPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd