• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok

oleh Ahmad Albab
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) akan menganjurkan Bengkel Serantau Bandar Raya Bebas Asap Rokok Kelima dan Sidang Kemuncak Pemimpin Bebas Asap Rokok yang disertai 10 negara ASEAN dari 19 hingga 21 Julai ini di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif MySihat Dr K.Manimaran berkata bengkel bertujuan berkongsi amalan terbaik negara ASEAN dalam pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok dan mengenal pasti strategi bagi mewujudkan, membina serta memperkukuhkan kolaborasi dalam pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok.

“Tema bengkel pada kali ini ialah ‘Mempengaruhi dan Memimpin Bandar Raya ke Arah Rantau ASEAN Bebas Asap Rokok’ dan ia akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

“Bengkel itu turut dihadiri wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia Dr Katia De Pinco Campus dan beberapa wakil dari negara China, Guam, Pakistan serta Mongolia.

“Wakil-wakil itu akan berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dengan 10 negara ASEAN dalam pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok bagi mengukuhkan pelaksanaan yang sama di rantau ASEAN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata di Malaysia, terdapat tujuh negeri yang melaksanakan inisiatif bebas asap rokok iaitu Melaka, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Manimaran berkata sejak inisiatif Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar) dilancarkan pada 2010, negeri itu mewartakan enam taman awam melalui fasa pertama dan Tapak Warisan Dunia George Town pada fasa kedua.

“Pada Januari 2017, melalui pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, semua taman awam termasuk Taman Negara Teluk Bahang telah diwartakan sebagai Kawasan Bebas Asap Rokok,” katanya.

Beliau berkata penganjuran bengkel itu juga merupakan antara strategi Malaysia untuk memperkukuhkan lagi pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok negara dalam merealisasikan Malaysia sebagai Negara Bebas Asap Rokok pada 2045. – BERNAMA

Tags: Rokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd