Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Bayar RM30K Untuk Berbuka...

KUALA LUMPUR – Ramai yang mempertikaikan caj bagi Program Iftar Perdana yang dianjurkan...

2 Maut Dalam Serangan...

KAHERAH - Dua orang terbunuh manakala sembilan lagi, termasuk tujuh anggota polis, cedera...

Kad Kahwin Ilham Dari...

KAD jemputan perkahwinan atau lebih mudah dipanggil 'kad kahwin' merupakan satu kemestian bagi...

Tiada Isu Kenaikan Harga...

KUALA LUMPUR - Tidak timbul isu kenaikan harga ubat-ubatan di hospital dan klinik...

10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok

GEORGE TOWN – Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) akan menganjurkan Bengkel Serantau Bandar Raya Bebas Asap Rokok Kelima dan Sidang Kemuncak Pemimpin Bebas Asap Rokok yang disertai 10 negara ASEAN dari 19 hingga 21 Julai ini di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif MySihat Dr K.Manimaran berkata bengkel bertujuan berkongsi amalan terbaik negara ASEAN dalam pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok dan mengenal pasti strategi bagi mewujudkan, membina serta memperkukuhkan kolaborasi dalam pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok.

“Tema bengkel pada kali ini ialah ‘Mempengaruhi dan Memimpin Bandar Raya ke Arah Rantau ASEAN Bebas Asap Rokok’ dan ia akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

“Bengkel itu turut dihadiri wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia Dr Katia De Pinco Campus dan beberapa wakil dari negara China, Guam, Pakistan serta Mongolia.

“Wakil-wakil itu akan berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dengan 10 negara ASEAN dalam pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok bagi mengukuhkan pelaksanaan yang sama di rantau ASEAN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata di Malaysia, terdapat tujuh negeri yang melaksanakan inisiatif bebas asap rokok iaitu Melaka, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.


Manimaran berkata sejak inisiatif Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar) dilancarkan pada 2010, negeri itu mewartakan enam taman awam melalui fasa pertama dan Tapak Warisan Dunia George Town pada fasa kedua.

“Pada Januari 2017, melalui pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, semua taman awam termasuk Taman Negara Teluk Bahang telah diwartakan sebagai Kawasan Bebas Asap Rokok,” katanya.

Beliau berkata penganjuran bengkel itu juga merupakan antara strategi Malaysia untuk memperkukuhkan lagi pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok negara dalam merealisasikan Malaysia sebagai Negara Bebas Asap Rokok pada 2045. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

Kategori