• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Kecam MalaysiaKini Lapor PM ‘Kacau’ Naik MRT

oleh
13/07/2017
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA maklum Transit Aliran Massa (MRT) fasa 2 laluan Semantan-Kajang bakal memulakan perkhidmatan pada 17 Julai ini sekali gus melengkapkan projek rel mega itu dari Sungai Buloh.

Sebagai mana kelaziman ketika fasa 1 laluan Sungai Buloh-Semantan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan ‘turun padang’ meninjau operasi percubaan MRT sebelum pelancaran rasmi kepada pengguna.

Bezanya kali ini, beliau turut membawa bersama 15 individu awam yang bertuah dari kalangan rakan taliannya untuk meninjau secara lebih dekat perkhidmatan ujian tersebut pada petang Rabu lalu dan memberi maklum balas.

Najib bahkan menceritakan detik pengalamannya itu menerusi laman sesawang rasminya pada Khamis yang juga menunjukkan suasana ceria semua penumpang dapat merasai sendiri MRT laluan tersebut secara eksklusif.

Salah seorang daripada mereka ialah William Cheah yang merupakan seorang pengarah sebuah firma swasta dan menetap di Shah Alam apabila turut berkongsi ceritanya dapat menumpang MRT itu dengan perdana menteri.

Antara kenangan indah sepanjang acara tersebut apabila Najib berpeluang memainkan lagu popular penyanyi terkenal Ed Sheeran melalui akaun Spotify untuk berhibur bersama-sama rombongan beliau pada hari tersebut.

Namun begitu, pengalaman William itu dicemarkan dengan kontroversi dicetuskan oleh MalaysiaKini, apabila melaporkan konon “pengguna MRT lain dipaksa untuk memberi ruang kepada Perdana Menteri dan rombongan.”

Terkilan dengan laporan yang tidak bertanggungjawab oleh portal propembangkang terkenal berkenaan, William kemudian berkongsi kisah sebenar beliau sepanjang perjalanan acara tersebut sambil membidas MalaysiaKini.

“Pastikan anda melaporkan maklumat yang tepat. Laluan MRT tersebut pun masih lagi di peringkat ujian dan belum dibuka kepada orang awam! Hanya tetamu undangan sahaja yang ada pada waktu itu,” tegas netizen tersebut.

Mempersoalkan artikel MalaysiaKini konon ada penumpang ‘hantu’ yang merujuk perdana menteri, William sebaliknya memuji layanan Najib sedia memberi peluang kepada individu terpilih untuk menikmati kejayaan MRT.

William turut menulis, “Kami bergantung harap kepada media supaya beri maklumat yang membolehkan rakyat buat keputusan berdasarkan maklumat. Tetapi, jika menyebarkan maklumat salah, ia akan menyusahkan rakyat.

“Anda ada tanggungjawab untuk memperkatakan yang benar, paling tidak janganlah sehingga menipu,” jelasnya dalam catatan di Facebooknya menerima lebih 500 tanda suka selain lebih 90 perkongsian dan puluhan komen.

Kantoi dengan penjelasan William yang tular dalam kalangan pengguna media sosial, portal berkenaan dilaporkan segera menghubungi netizen ini semula dan kemudian mengubah ‘nada’ ceritanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MRT
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd