• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pampasan: Saudi Tunggu Keputusan Mahkamah

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Kerajaan Arab Saudi sedang menunggu keputusan mahkamah berhubung tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 11 September 2015 sebelum membuat pembayaran pampasan kepada mangsa, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata keputusan mahkamah itu akan menentukan kuantum pampasan yang perlu dibayar serta kaedah pembayaran.

“Saya dapat maklumat ini ketika berada di sana baru-baru ini. Saya baru pulang dua minggu lepas dari sana,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh, di sini hari ini.

Dalam tragedi itu, warga Malaysia adalah antara lebih 100 jemaah haji yang terkorban manakala beratus lagi cedera.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata kerajaan sentiasa berhubung rapat dengan kerajaan Arab Saudi mengenai perkara itu dan berharap keluarga serta waris mangsa yang terkorban dan cedera bersabar.

Mengenai urusan ibadah haji tahun ini, beliau berkata Lembaga Tabung Haji (TH) sudah bersedia untuk menghantar 30,200 jemaah haji Malaysia ke tanah suci bermula hujung bulan ini.

Beliau berharap jemaah yang terpilih dapat mengekalkan imej terbaik negara iaitu sentiasa berdisiplin ketika menunaikan ibadah tersebut.

“Malaysia adalah model bagi negara-negara Islam lain dan imej itu perlu dikekalkan dengan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh petugas TH,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd