• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Rentung, Kereta Terbabas & Terbakar

oleh Ahmad Albab
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kereta di Km321.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, berhampiran susur keluar Tapah, di sini, awal pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw, Lim Chin Teck, 26, dari Taiping, maut di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu.

“Kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan dan telah masuk ke lorong kanan dan dirempuh kereta Toyota Estima yang tidak sempat mengelak dan mengheret kereta mangsa sejauh 100 meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya akibat rempuhan itu kereta Proton Iswara dipandu Lim dari arah Kuala Lumpur ke Taiping terbelah dua dan terbakar manakala kereta Toyota Estima turut terbakar sepenuhnya di tempat kejadian.

“Pemandu Toyota Estima yang berumur 26 tahun serta adik dan bapanya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Bagan Serai, bagaimanapun sempat keluar dari kenderaan sebelum kereta mereka terbakar,” katanya.


Som Sak berkata ketiga-tiga mangsa yang berumur lingkungan 14 hingga 53 tahun itu dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kampar manakala mayat Lim dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.


Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Tarmizi Rashid berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 3.30 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.


Beliau berkata sebaik anggota bomba tiba di tempat kejadian, kedua-dua kereta sedang terbakar.

“Kedua-dua kereta tersebut musnah terbakar 80 peratus namun kita berjaya memadam kebakaran tersebut menggunakan air dari jentera serta mengeluarkan mangsa (Lim) yang terperosok di bawah kereta Toyota Estima. Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.30 pagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalanganrentung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd