• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Disyaki Samun Pusat Hiburan Ditahan

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis Isnin lepas, kerana disyaki menyamun pusat hiburan karaoke di sebuah pangsapuri, di Kangkar Pulai, di sini, sehari sebelumnya(Ahad).

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata lelaki itu ditahan selepas mangsa, seorang wanita berusia 47 tahun membuat laporan polis pada 10.50 malam hari kejadian.

“Menurut pengadu (mangsa) yang juga merupakan pemilik pusat hiburan berkenaan, kejadian berlaku pada4 pagi, ketika dia bersama seorang pekerja dan pelanggan lelaki didatangi secara tiba-tiba oleh suspek yang mengacukan parang.

“Suspek yang memakai topi keledar dan bersenjatakan parang telah mengarahkan mangsa menyerahkan telefon bimbit miliknya dan wang tunai RM200 milik pelanggan sebelum bertindak melarikan diri,” katanya dalamkenyataan di sini hari ini.

Bertindak atas maklumat, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menyerbu sebuah rumah di Taman Pulai Jaya, Skudai, pada 12.15 tengah hari keesokan harinya (10 Julai) dan menahan suspek.

Noor Hashim berkata polis turut merampas sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan suspek untukmenyamun selain beberapa barangan samun termasuk sebuah telefon bimbit.

Katanya hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah.

“Siasatan awal polis juga mendapati suspek mengaku terlibat dengan jenayah samun terbabit dan modus operandi adalah menggunakan parang atau pisau bertujuan mengugut mangsa menyerahkan barang berharga sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini direman hingga 16 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun. – BERNAMA

Tags: ditahanpusat hiburansamunSupt Noor Hashim Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd