• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Beri Sumbangan RM50K Tampung Kos Bedah Batrisyia

oleh Ahmad Albab
13/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghulur sumbangan berjumlah RM50,000 kepada adik Noor Batrisyia Ramlan yang akan digunakan untuk menjalani pembedahan implan koklea.

Ahmad Zahid berkata sumbangan itu merupakan bantuan peribadi beliau dan isterinya serta seorang dermawan yang tidak didedahkan identiti.

“Saya dimaklumkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Piasau, Datuk Sebastian Ting Chew Yew mengenai kutipan derma ini namun tidak masih tidak mencukupi untuk kos perbelanjaan operasi dan rawatan.

“Saya telah usahakan dan mendapat bantuan daripada penderma, saya sampaikan bantuan ini sebagai tanda keprihatinan beliau (penderma),” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), di sini malam ini.

Ahmad Zahid menyerahkan sumbangan tersebut kepada bapa kanak-kanak itu Ramlan Abdul Hamid, 24.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata penyakit kronik perlu segera ditangani untuk mengurangkan risiko.

“Jika lewat rawatan boleh akibatkan risiko tinggi. Sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan saya dan dermawan berkenaan jadi kita beri bantuan kepada adik ini,” katanya.

Kanak-kanak berusia dua tahun itu dikesan mengalami masalah pendengaran dan pertuturan, menerusi pembedahan implan koklea dengan kos RM120,000 dikedua-dua telinga dijangka akan membolehkannya mendengar dan bercakap.

Ketika ini Noor Batrisyia anak kedua dari dua adik beradik itu yang berasal dari Niah dekat Miri menggunakan alat bantuan pendengaran.

Terdahulu Ahmad Zahid yang dalam lawatan kerja dua hari ke Sarawak tiba di KIA kira-kira 7 malam dengan menaiki pesawat khas.

Ketibaan beliau disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Dr. Sim Kui Hian, ketua-ketua jabatan serta pemimpin masyarakat sekitar Kuching.

Ahmad Zahid dijadual akan diberi taklimat ringkas mengenai pengurusan wabak anjing gila atau rabies oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak di hangar Hornbill Skyways di Kuching, pagi esok.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid juga dijadual menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa wabak rabies dari Kampung Paon Sungai Rimu Bakung, Serian.

Beliau kemudian akan berlepas menaiki helikopter untuk menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Padang Lama Kompleks Sukan Sri Aman.

Ahmad Zahid dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada tengah hari. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Kerajaan Persekutuan tidak menolak keperluan negeri mencari hasil tambahan, tetapi ia perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar, keselamatan...

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd