• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Negara Islam Contoh – Ghannouchi

oleh Ahmad Albab
12/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengasas dan pemimpin Parti Ennahda dari Tunisia, Rachid Ghannouchi, memuji Malaysia sebagai negara Islam contoh dengan menyatakan bahawa Malaysia menggambarkan imej indah negara Islam kontemporari.

Beliau berkata Malaysia dilihat sebagai sebuah negara Islam yang berjaya lagi maju di kalangan dunia Arab walaupun menghadapi “situasi yang amat sukar” disebabkan komposisi masyarakatnya yang berbilang kaum.

“Walaupun Malaysia adalah negara berbilang budaya terdiri daripada penduduk berlainan agama dan kaum, semangat kewujudan bersama wujud antara masyarakat Islam dan bukan Islam yang hidup dalam suasana aman.

“Ini amat penting untuk membuktikan bahawa Islam boleh mengurus dan wujud melalui kemajmukan dan bahawa perang saudara adalah tidak perlu. Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa Islam boleh wujud walaupun dalam situasi yang sangat rumit,” kata beliau kepada pemberita di sini malam tadi semasa taklimat khas media sempena lawatannya ke Malaysia.

Ghannouchi juga berkata rakyat Malaysia telah berjaya mencari identiti nasional bersama walaupun masyarakatnya bersifat pragmatisme dan pluralisme, dan mengucapkan tahniah kepada negara atas kejayaan meningkatkan dan mengukuhkan identiti nasional demi menjamin kewujudan bersama mereka berterusan.

Ghannouchi, 76, kini dalam rangka lawatan tujuh hari ke Malaysia sebagai tetamu negara bermula Ahad atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau adalah seorang pemikir Islam terkemuka yang hidup dalam buangan selama 22 tahun semasa pemerintahan diktator di Tunisia.

Pemimpin Islam yang sederhana menghadiri mesyuarat selama tiga jam dengan Najib semalam dan semasa lawatan, mereka membincangkan isu-isu yang menyentuh umat Islam di seluruh dunia dan mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Tunisia. – BERNAMA

Tags: islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd