• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Sokong GST Di Jambatan P.Pinang & Johor

oleh Ahmad Albab
19/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menyambut baik kenyataan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bahawa kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan terhadap pengguna jambatan di Pulau Pinang dan Johor.

Lim berkata kerajaan DAP Pulau Pinang menerima kenyataan itu sebagai kenyataan rasmi dan berharap perkara itu tidak menjadi pertikaian pada masa depan.

“Yang penting keputusan muktamad iaitu tidak akan kenakan GST ke atas jambatan. Kerajaan negeri terima perkara ini sebagai selesai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Khazali Ahmad berkata di bawah Perintah GST (Pembekalan Dikecualikan) 2014, lebuh raya bertol di jalan awam adalah termasuk jambatan dan perkhidmatan itu dikecualikan daripada pelaksanaan cukai itu yang bermula 1 April 2015.

Kenyataan Khazali itu dibuat bagi menjawab laporan satu portal berita yang memetik Lim sebagai berkata beliau mendapat tahu bahawa pengecualian GST untuk jambatan berkenaan ditarik balik, ketika taklimat KDRM bulan lepas.

Berhubung isu persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri dan Parlimen, Lim berharap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bersetuju untuk berjumpa tiga wakil yang dipilih kerajaan negeri untuk membincangkan perkara itu.

Tiga wakil yang dipilih kerajaan DAP Pulau Pinang ialah anggota Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik dan anggota Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam surat rasmi bagaimanapun menyatakan bahawa SPR buat masa ini tidak dapat memenuhi permintaan kerajaan negeri kerana proses itu masih dalam peringkat kajian dan belum dimuktamadkan. – BERNAMA

Tags: GSTLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Krematorium penganut Hindu atau rumah bakar mayat akan dibina dengan kos RM1.5 juta di Jalan Siram, Butterworth,...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd