• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lagi Individu Bergaduh Di Stadium SA Diminta Serah Diri

oleh Ahmad Albab
20/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis meminta tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Dis lepas supaya menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu atau mengenali individu yang terlibat turut diminta menghubungi pihak polis.

Beliau berkata mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Chang Sing Kong di talian 016-7723336 atau Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam ASP Mohd Amirul Abdullah di talian 012-4748870.

Selain dua pegawai berkenaan, orang ramai juga boleh menghubungi IPD Shah Alam di talian 03-5520 2222, katanya.

Beliau berkata setakat ini 13 individu telah ditahan dan saki baki mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan.

Dalam insiden itu, sekumpulan penyokong Harimau Malaya yang kecewa setelah Malaysia kalah 1-2 kepada Vietnam, dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam sehingga menyebabkan seorang penyokong Vietnam mengalami kecederaan.

Susulan itu, sembilan lelaki telah ditahan reman dengan lima daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan merusuh. – BERNAMA

Tags: Gaduh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

11/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan individu bergaduh di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, akhirnya membawa padah apabila...

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

24/12/2025
0

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam, Insiden Di Taiping Cetus Kontroversi TAIPING – Seorang influencer lelaki mendakwa menjadi mangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd