• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Rekod 159,000 Kad Pengenalan Tak Dituntut

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Sebanyak 159,000 kad pengenalan direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih belum dituntut oleh pemiliknya sehingga ada yang melebihi tempoh dua tahun.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohd Yazid Ramli berkata punca utama kepada masalah tersebut tidak dapat diketahui, namun tidak menolak kemungkinan ia disebabkan oleh sikap pemilik yang mengambil mudah tentang soal pemilikan dokumen pengenalan diri.

“Apa yang saya boleh katakan, semuanya terletak pada sikap individu itu sendiri sama ada mereka ambil berat atau tidak kepentingan dokumen pengenalan diri berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Hab Percetakan Teragih MyKad Negeri Pahang di JPN Pekan di sini hari ini.

Pada majlis sama, Mohd Yazid menyerahkan kad pengenalan kepada lima penerima yang telah membuat permohonan di JPN Pekan.

Beliau berkata setakat ini individu yang gagal mengambil kad pengenalan yang telah siap boleh didenda maksimum RM40 dan pihaknya sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan yang lebih tegas untuk mengelakkan perkara ini terus berlaku.

Mohd Yazid berkata sebanyak 55 pejabat JPN di seluruh negara kini dibekalkan dengan mesin pencetak melalui projek Percetakan Teragih MyKad (DPP) untuk penambahbaikan.

“Melalui pelaksanaan projek ini, sebanyak 36 daripada 55 pejabat DPP telah dijadikan Hab DPP yang akan mencetak permohonan MyKad daripada pejabat-pejabat JPN berdekatan (Sub Hab) berjumlah 157 pejabat yang sebelum ini dicetak di Ibu Pejabat JPN.

“Tempoh serahan MyKad bagi pejabat-pejabat Sub Hab dapat dipendekkan dari 10 hari bekerja kepada lima hari bekerja bagi pejabat di Semenanjung dan 30 hari bekerja kepada tujuh hari bekerja bagi pejabat di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Katanya, penambahbaikan berterusan JPN adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat seperti projek Hab DPP yang dapat mempercepatkan urusan pengeluaran MyKad dengan penjimatan tempoh siap antara 50 peratus hingga 70 peratus. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Yazid RamliJPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd