• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trafik Dijangka Sesak Di Woodlands, Tuas

oleh Ahmad Albab
19/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Aliran trafik di pusat pemeriksaan darat di Woodlands dan Tuas dijangka sesak menjelang cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu pada 25 Disember ini dan 1 Januari 2015.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata jumlah trafik di kedua-dua pusat pemeriksaan itu dijangka bertambah sesak bermula Selasa (23 Disember) dan berterusan hingga Ahad (4 Januari 2015).

Pengguna yang menggunakan pusat pemeriksaan berkenaan dalam tempoh itu harus menjangkakan kelewatan.

Dengan pemeriksaan keselamatan, ICA berkata kesesakan tidak dapat dielakkan, terutama penambahan jumlah orang ramai yang menggunakan pusat itu pada masa yang sama.

Bagi mengelakkan orang ramai dan kenderaan berpusu-pusu untuk mendapatkan laluan di pusat pemeriksaan, mereka yang melakukan perjalanan dinasihat mengubahsuai jadual perjalanan sedapat mungkin.

Mereka juga dinasihatkan untuk memeriksa situasi trafik di kedua-dua pemeriksaan darat itu sebelum memulakan perjalanan. – BERNAMA

Tags: aliran trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd