• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Terlibat Samseng Jalanan Ditahan

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki yang terlibat dengan kejadian samseng jalanan ditahan di Jalan Durian, Taman Pantai, Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian itu dilaporkan orang awam pada 4.45 petang selepas terlihat kedua-dua kereta dinaiki suspek saling mengejar dan melanggar sesama sendiri di kawasan berkenaan.

“Susulan laporan, polis pergi ke tempat kejadian dan mendapati kereta Perodua Myvi dan Hyundai Elantra yang masing-masing dinaiki dua dan seorang lelaki, sedang melanggar sesama sendiri.

“Polis mengarahkan kedua-dua kenderaan berhenti dan menangkap ketiga-tiga suspek berusia antara 39 dan 60 tahun. Berikutan aksi agresif mereka, kesemua suspek cedera di kaki akibat terkena cermin dan papan pemuka kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saringan ujian air kencing turut mendapati kesemuannya positif dadah jenis methamphetamine.

Dua daripada mereka juga masing-masing mempunyai lima dan enam rekod lampau jenayah berkaitan dadah dan kes jenayah.

Semua suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – BERNAMA

Tags: ACP Abdul Wahib MusaditahanSamseng Jalanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd