• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAB Dijangka Mula Kutip Keuntungan Tahun Depan

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Malaysia Airlines Bhd (MAB) dijangka mula mengutip keuntungan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew kepadanya hari ini.

“Peringkat pertama (penstrukturan Malaysia Airlines) menumpukan kepada menstabilkan kewangan MAB dan itu telah dicapai.

“Saya dapat mengesahkan semasa bersembang dengan Bellew bahawa beliau menjangkakan MAB kembali mencatat untung tahun depan,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Malaysia Aviation Group (MAG) di Malaysia Airlines Engineering Complex, di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata tumpuan kini diberikan kepada fasa kedua penstrukturan MAB yang melibatkan pertambahan laluan baharu termasuk 11 laluan dari China.

Najib berkata fasa kedua itu turut menyaksikan aspek ‘produk susut nuilai’ seperti makanan dalam pesawat, hiburan dan kualiti pesawatnya.

“Hari ini saya diberitahu bahawa anda (MAB) sedang menuju fasa kedua pemulihannya,” katanya.

Menerusi langkah tersebut, Najib berkata Malaysia Airlines mampu memperoleh semula penarafan lima bintang Skytrax menjelang tahun depan (2018).

Menurutnya, ketika keputusan dibuat untuk menstruktur semula syarikat penerbangan nasional itu yang melibatkan pengurangan kira-kira 6,000 petugas, beliau telah memberi arahan kepada Khazanah Nasional Bhd untuk melaksanakannya dengan cara berperikemanusiaan sebaik mungkin.

Kini saya dimaklumkan 78 peratus telah mendaftar untuk mendapatkan peluang pekerjaan lain dan daripada jumlah tersebut 98 peratus telah berjaya mendapatkan pekerjaan.

Pada majlis itu, Najib turut meminta setiap petugas MAB supaya terus berdedikasi dan komited ke arah kejayaan syarikat itu.

“Bagi saya dan rakyat Malaysia, kita tidak melihat MAB sebagai syarikat penerbangan biasa, MAB membabitkan negara, ikon kita, kebanggaan dan kegembiraan kita, kita mesti memastikan Malaysia Airlines akan pulih dan menjadi satu Syarikat terkemuka,” katanya.

Sempena acara itu, Najib juga melancarkan penyiaran lagu Negaraku secara langsung dalam pesawat Malaysia Airlines ‘B737-800.

Pesawat B737, yang pertama daripada beberapa buah pesawat akan mengibarkan bendera Malaysia bagi penerbangan kurang daripada tujuh jam seperti ke Shanghai dan Perth. – BERNAMA

Tags: MAB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Tawar Cuti Tanpa Gaji 13,000 Kakitangan

12/03/2020
0

SHAH ALAM - Seramai 13,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad diminta mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang...

Khazanah Nasional Teruskan Kerjasama Dengan MAB

02/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. hari ini berkata, ia akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan Malaysia Airlines (MAB) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd