• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Takziah: Baby Sudah Cukup Sifat, Abby Alami Keguguran

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAKZIAH kami ucapkan kepada pelakon Abby Abadi yang mengalami keguguran bayi lima bulan yang dikandungnya.

Menurut suaminya, Muhammad Faizal Zakaria, Abby baru sahaja dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta pada Isnin bagi proses mengeluarkan janin yang masih dalam kandungan.

“Usia kandungan isteri saya sudah memasuki lima bulan dan bayi sudah mempunyai cukup sifat.

“Semalam ketika membuat pemeriksaan di sebuah klinik, doktor mendapati bayi berkenaan sudah tidak bergerak,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya lagi, keadaan Abby ketika ini stabil namun doktor harus mengeluarkan janin tersebut secara normal.

“Kami masih terkejut dan bersedih, mungkin belum ada rezeki dan kami redha,” ujarnya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 40, berkahwin dengan Faizal, 43, pada 14 Ogos 2015 yang juga merupakan perkahwinan ketiganya.

Sebelum itu dia berkahwin dengan aktor Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang kini berusia tujuh tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Abby Abadikeguguran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

China Hukum Pegawai Selepas Wanita Keguguran Di Luar Hospital

06/01/2022
0

BEIJING: Pegawai hospital di bandar Xi'an yang menyebabkan seorang wanita mengandung lapan bulan, keguguran selepas menghalang mangsa memasuki premis berkenaan...

Langgar SOP: Norman, Abby Dikompaun RM2,000

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,000 masing-masing terhadap selebriti Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza kerana melanggar prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd