• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taubatlah Lelaki Cabul Poster ‘Awek Shell’ – Mufti

oleh Ahmad Albab
11/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUFTI Wilayah Persekutuan menasihatkan beberapa individu yang bertindak ‘mencabul’ poster gadis iklan Shell sehingga tular baru-baru ini supaya bertaubat.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kaum lelaki yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandangan dan menjaga maruah mereka.

Katanya, tindakan ‘mencabul’ poster iklan wanita terbabit adalah perlakuan yang memalukan, menjatuhkan maruah dan tidak wajar dilakukan oleh seorang Muslim yang baik.

“Kami menasihatkan beberapa individu yang telah berbuat demikian terhadap ‘standee’ wanita tersebut wajar bertaubat dan berubah menjadi Muslim yang lebih baik,” kata Mufti Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan di Bayan Linnas siri ke-102 yang dikongsikan di Facebooknya pada Ahad malam.

Terdahulu, iklan gadis Shell ditarik semula berkuat kuasa serta-merta awal bulan ini susulan tindakan beberapa individu tidak bertanggunjawab melakukan aksi tidak senonoh dan ‘mencabul’ poster tersebut sehingga tular di media sosial.

Zulkifli berkata, kaum wanita juga perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang fitnah daripada berlaku.

Tambah beliau, apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah perlu dielakkan.

“Justeru, kami melihat usaha Shell menarik kembali ‘standee’ berkenaan wajar dipuji kerana ia menutup pintu-pintu fitnah dalam masyarakat.

“Kami percaya akan kebijaksanaan pihak Shell dalam menangani isu ini dan bersedia untuk memberikan buah fikiran dan pandangan sekiranya ada keperluan,” katanya.

Menurut Zulkifli, mempamerkan akhlak mulia merupakan keindahan dan nilai yang tinggi dalam masyarakat.

“Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dan haiwan liar. Berbudi bukan satu hal yang boleh dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir dari pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi,” katanya.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi blognya berkata, tindakan individu yang terlibat adalah sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya peradaban masyarakat kita.

“Ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap wanita, berhentilah melakukan wanita sebagai objek, kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa buat kaum tersebut.

“Walaupun ada yang berniat untuk berjenaka, saya mahukan kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat,” kata Najib sambil berharap agar rakyat Malaysia kembali berpegang kepada prinsip rukun negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. – mStar Online

Tags: Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-BakriShell
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

17/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Datuk Seri...

Russia Henti Salur Bekalan Gas Kepada Shell

02/06/2022
0

BRUSSELS, BELGIUM – Tindakan firma tenaga dari Russia, Gazprom menamatkan penyaluran gas kepada gergasi minyak dan gas, Shell dijamin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd