• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Ke London Tak Jejas Bincang Penurunan Kuasa

oleh Ahmad Albab
09/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Keputusan Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti  rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) tidak akan menjejaskan perbincangan mengenai penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebaliknya jika pasukan tersebut memperoleh sebarang penemuan baharu mereka boleh membawa kepada Jawatankuasa Teknikal Peringkat  Negeri (JTPN).

Katanya, JTPN pula akan membawa penemuan itu ke peringkat Jawatankuasa Pemandu bagi Penurunan Kuasa yang dipengerusikan oleh beliau bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

“Pertama sekali saya ingin maklumkan rundingan dengan Putrajaya (kerajaan persekutuan) tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku di Sarawak (menghantar pasukan peguam ke London). Apa yang saya maksudkan tidak ada kena mengena itu ialah kerajaan negeri ada hak untuk ‘menggali’ sejarah Sarawak.

“Ini bukan sebagai mencampuri apa yang kami lakukan di sana. Kita perlu lihat dua perspektif berbeza  yang berlaku di peringkat di Putrajaya dan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitrinya di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini hari ini.

Hampir 10,000 orang masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan majlis tersebut.

Mengulas lanjut, Nancy berkata perbincangan mengenai penurunan kuasa itu juga adalah proses berterusan antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

“Kalau ada pertambahan, biar kita bincang, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga seorang yang bersifat munasabah, beliau juga telah beberapa kali duduk bersama-sama untuk memahami keperluan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan, dan Pemantauan Projek,  Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang akan mengetuai pasukan peguam ke London berkata  mereka ke sana dalam misi mencari fakta.

“Kami ingin mendapatkan beberapa fakta. Buat penyelidikan, kami mahukan ‘faktual’ tentang ini dan mahu melakukannya dengan sempurna,” katanya kepada pemberita  pada majlis rumah terbuka Hari Raya Nancy di sini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Titah Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

Tunku Mahkota Ismail Titah Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

31/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan tahniah dan sembah takzim kepada Sultan Ibrahim sempena Sambutan...

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

31/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lebih 9 juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kini secara automatik dilindungi sepenuhnya daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd