• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peraduan Palsu Menang Emas Ternyata ‘Maha Penipu’

oleh AK-47
09/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA selepas isu peraduan palsu yang membolehkan orang ramai memenangi 15 buah motosikal Yamaha Y15Z secara percuma, hari ini muncul pula peraduan menggunakan modus operandi yang sama.

Kali ini, laman Facebook yang menggunakan nama Honey Jewelry Malaysia telah menawarkan sepasang set barangan kemas dikatakan bernilai lebih RM3,000.

“Percuma rantai emas. Sempena pembukaan Honey Jewelry, dua orang pemenang dicari.

“LIKE page dan share posting ini…komen bertuah dan aktif akan dihubungi sebagai pemenang,” tulis laman Facebook berkenaan.

Para pemenang bertuah kononnya akan diumumkan selepas melalui proses pemilihan berdasarkan perkongsian peraduan terbabit di laman sosial.

Ternyata, taktik peraduan palsu itu mengundang padah apabila kantoi menggunakan wajah seorang wanita yang dikenali sebagai Bainun Zulkifli di laman sosial, sebagai pemenang peraduan terbabit.

Lantas pemilik asal kepada wajah itu memuat naik perkongsian status memberitahu yang gambar dirinya telah digunapakai oleh laman Facebook tidak bertanggungjawab itu.

“Maaf la ini bukan Facebook aku, ni fake account and aku tak pernah join contest macam ni. Aiyoo mohon jangan tertipu okay,” tulis wanita itu.

Ekoran terbongkarnya penipuan yang dijalankan, netizen khususnya golongan wanita menghentam teruk laman Facebook Honey Jewelry Malaysia sehingga membuatkan laman itu telah dinyahaktifkan seketika.

Bagaimanapun hasil semakan kami sebentar tadi mendapati, laman Honey Jewelry Malaysia telah ditukar nama sebagai ‘Kusa dan Lenda Malaysia’.

Tidak setakat itu, laman itu juga turut memiliki jumlah pengikut seramai 42,669 orang.

Ada yang mendakwa ia sememangnya cara sesetengah pihak tidak bertanggung jawab bagi mencari ‘Likes’ di laman sosial dan kemudiannya menjual akaun terbabit kepada pemilik yang baru.

Apa-apa pun buat netizen di laman sosial, anda dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan diharapkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang sering dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: emasfacebookKes Penipuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

10/11/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan membenarkan rakyat negeri ini untuk mengusahakan perlombongan emas secara sah melalui kaedah mendulang. Timbalan Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd