• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FMLLP, FAM Hancurkan Daya Saing TRW

oleh Ahmad Albab
09/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tan Sri Annuar Musa mendakwa tindakan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghancurkan daya saing pasukan The Red Warriors (TRW).

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu berkata Kelantan kini berdepan diturunkan ke Liga Perdana akibat sekatan-sekatan yang dikenakan oleh kedua-dua badan tersebut.

“FMLLP (dan) FAM sudah boleh bergembira meraikan kejayaan mereka menghancurkan daya saing TRW… kini TRW sedang menuju (ke) Liga Perdana dan pelaburan penaja habis ke laut,” katanya menerusi catatan dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, KAFA berdepan beberapa isu dengan FMLLP antaranya dipotong tiga mata dalam saingan Liga Super selepas persatuan itu gagal melunaskan tunggakan gaji pemain pasukan tersebut musim lalu.

Selain itu, KAFA turut dikenakan sekatan  membawa masuk penyerang import dari Perancis, Seydi L Imam bagi menggantikan pemain import, Alessandro Podovani Celin.

Rayuan yang dikemukakan  KAFA bagi mendapatkan khidmat pemain tersebut turut ditolak FMLLP.

Kelantan kini berada di tangga ketujuh saingan Liga Super dengan 17 mata selepas 14 perlawanan hasil daripada enam kemenangan, dua seri dan enam kekalahan.

Dalam aksi Piala FA pula pasukan kendalian Zahasmi Ismail itu hanya sekadar layak beraksi di peringkat pusingan kedua selepas tewas kepada pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC).

Dalam saingan Piala Malaysia yang membuka tirainya Selasa lalu, Kelantan di tangga ketiga Kumpulan C apabila mencatatkan  satu kemenangan dan satu kekalahan selepas dua perlawanan. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaFAMFMLLP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd