• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat ‘U Turn’ Ikut Suka Hati, 2 Wanita Nyaris Dilanggar

oleh AK-47
09/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMBELOK tanpa melihat kiri dan kanan ketika melintas jalan raya pasti mengundang padah dan juga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Begitulah nasib yang menimpa seorang pemandu yang berdepan detik cemas apabila nyaris terlanggar dua penunggang motosikal dalam sebuah kejadian di Jertih, Terengganu baru-baru ini.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka atau dashcam yang bertarikh 5 Julai lalu, ia menunjukkan mangsa yang dikenali sebagai Yongqing Hengkheng Ong, pada mulanya sedang memandu di sebuah jalan menggunakan lorong kanan.

Bagaimanapun secara tiba-tiba, sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua wanita membelok dari bahu jalan untuk melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan jalan.

Mujur Ong sempat mengelak, jika tidak kedua penunggang motosikal itu pasti sudah melayang dirempuh keretanya.

Mangsa juga hampir terlanggar pembahagi jalan akibat tindakannya yang cuba mengelak dari berlakunya kemalangan.

Rakaman video yang dikongsi Ong mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan kedua penunggang motosikal itu gara-gara membelok tanpa melihat kiri dan kanan malah tidak memakai topi keledar.

Tidak kurang juga ada yang menyalahkan Ong kerana memandu terlalu laju di kawasan kampung. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dashcamkemalanganTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd