• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan Kekal KSCIP Bakal Dibina Di Putrajaya

oleh Ahmad Albab
09/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) bakal dibina di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya di atas tanah seluas 16 hektar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan beliau dengan pembantu kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan pembantu Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman yang berkunjung ke kediamannya di Putrajaya malam tadi.

“Pembinaan KSCIP di Putrajaya ini melambangkan betapa pentingnya institusi berkenaan dan Putera Mahkota Arab Saudi sendiri akan datang ke Malaysia bagi melancarkan pusat itu bersama-sama saya.

“Ini antara kejayaan kita kerana Raja Salman boleh memilih negara lain untuk membina pusat berkenaan tetapi baginda yang merupakan penjaga kepada dua kota suci orang Islam tetap memilih negara ini,” katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini yang dihadiri lebih 50,000 rakyat.

Pada masa ini KSCIP beroperasi di Kuala Lumpur dan kerajaan diberi tempoh dua tahun untuk membina pusat operasi baharu bagi KSCIP yang diilhamkan oleh Raja Salman semasa lawatan baginda ke negara ini, bertujuan menangkis pengaruh ekstremis dan aktiviti keganasan serta mempromosikan keamanan sejagat.

Dalam ucapannya, Najib meminta rakyat agar tidak gusar dan musykil dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan  kerana ia dilakukan untuk kebaikan mereka dan negara ini.

“Apa yang kita lakukan bukan hanya mendapat sambutan tetapi juga memperoleh sanjungan dan pengiktirafan daripada negara lain termasuk kerajaan Arab Saudi sendiri.

“Sebab itulah tidak benar kalau pembangkang kata negara ini sebuah negara gagal dan perlu diselamatkan. Sebenarnya kita telah selamat dan berjaya serta dapat pengiktirafan daripada negara luar.

“Malah orang yang kata negara perlu diselamatkan… yang dulunya pemimpin kita pun tidak pernah mendapat sanjungan sebegini daripada negara berkenaan. Jadi tidak perlulah nak selamatkan Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri turut mengesahkan kuota haji tambahan yang diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia dikekalkan manakala rundingan tentang pembinaan dua kompleks Tabung Haji di Makkah dan Madinah masih dijalankan.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan,  berkata jika kompleks terbabit dibina, ia akan mengurangkan kos umat Islam negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada masa depan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan telah membelanjakan RM3 bilion dalam melaksanakan lima pakej bantuan Aidilfitri sepanjang bulan Ramadan yang memanfaatkan 9.6 juta rakyat.

“Antara bantuan yang diberikan ialah bantuan beras kepada penjawat awam dan pesara, pemberian dividen kepada pekebun kecil, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua kepada tujuh juta penerima dan juga pembayaran insentif raya.

“Inilah usaha kita yang bukan hanya mementingkan pembangunan fizikal tetapi kesejahteraan dan kebajikan rakyat pun kita jaga. Kalau dahulu orang kata bantuan kerajaan hanya di luar rumah, sekarang ini sampai ke dapur pun kita berikan bantuan,” katanya.

Najib juga menempelak pembangkang yang memainkan sentimen Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal, kerana kata beliau kerajaan telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan pembangunan Malaysia berada pada landasan yang tepat.

Sebagai bukti, Perdana Menteri merujuk pada kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama tahun ini dan eksport Malaysia yang melonjak kepada RM80 bilion yang merupakan sejarah baharu negara selain harga minyak negara yang merupakan ke-10 paling murah di dunia.

“Jadi kita mestilah melahirkan kesyukuran dan jika kita terus memberikan sokongan serta dorongan kepada kerajaan yang ada hari ini, saya yakin kita boleh menempa masa depan yang lebih cemerlang untuk negara kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd