• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Bukti Israel & AS Diboikot Dunia

oleh Ahmad Albab
09/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SOKONGAN dunia ke arah kewujudan sebuah negara Palestin merdeka semakin meningkat secara moral melalui pengiktirafan Hebron sebagai Tapak Warisan Dunia.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semalam mengisytiharkan, kota lama di Tebing Barat itu sebagai warisan dunia.

Hebron terletak dalam wilayah Pentadbiran Palestin (PA).

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengkritik tindakan UNESCO sebagai tidak masuk akal. Selain protes lisan, sebagai tindak balas, Tel Aviv mengumumkan langkah drastik menarik dana bantuan RM4.3 juta bagi program pembinaan muzium sejarah Yahudi di wilayah itu.

Israel mendakwa, UNESCO sepatutnya memilih tapak warisan dalam wilayah dikuasai Israel. Untuk rekod, Gaza dan Tebing Barat diletakkan sebagai wilayah PA. Namun, hakikatnya sempadan di kedua-dua wilayah itu dikawal Israel.

Gaza bersempadan Mesir, manakala Tebing Barat berjiran dengan Jordan.

Hebron adalah bandar paling hampir dengan Jordan melalui pintu masuk di laluan Jambatan Allenby yang dikawal Israel. Hebron memiliki 200 ribu penduduk dan geografinya tersenarai antara bandar dunia yang terletak paling rendah daripada aras laut.

Israel menceroboh wilayah itu dengan membina petempatan 1000 peneroka haram Yahudi.

Menteri Luar Palestin, Reyad Al-Maliki mengesahkan, status Hebron sebagai Tapak Warisan Dunia diumumkan ketika mesyuarat UNESCO di Krakow, Poland minggu lalu.

“Ini bukti kejayaan Palestin dan bersifat menentang Israel dan Amerika Syarikat,” kata Al-Maliki.

Tags: boikot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Berhak Untuk Protes, Boikot – Duta AS

Rakyat Malaysia Berhak Untuk Protes, Boikot – Duta AS

02/04/2024
0

KUALA LUMPUR : Amerika Syarikat (AS) menyokong hak rakyat Malaysia untuk mengadakan protes secara aman di kedutaannya sebagai cara menyatakan...

Jegil Mata, Senyum Sinis, Jelir Lidah Dan Boikot Dikategorikan Buli

Jegil Mata, Senyum Sinis, Jelir Lidah Dan Boikot Dikategorikan Buli

10/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Menjegil mata, senyum sinis dan mencebik mulut, selain menjelirkan lidah dan boikot diklasifikasikan sebagai perbuatan buli yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd