• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis, Tentera Pun Tidak ‘Belai’ Anjing Jinak

oleh
08/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH seorang wanita Muslim berhijab bangga bercerita pengalaman dirinya memelihara anjing dalam rumahnya mencetuskan polemik dalam kalangan netizen yang beragama Islam sendiri.

Meskipun sudah diberikan pencerahan oleh pelbagai tokoh agama tempatan termasuk mufti kontroversi dari Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin sendiri, ramai tiba-tiba menjadi ulama ‘segera’ dengan aneka dalil yang lemah sifatnya.

Hakikatnya tidak ramai tahu, kisah unik sekumpulan anjing liar sanggup bantu pasukan keselamatan di kawasan terpencil Sabah apabila sedia bertugas seumpama anjing K-9 yang biasa ditemui dalam perkhidmatan polis.

Malah ia menjadi cerita luar biasa apabila ada seekor anjing terbiar yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dijadikan sebagai teman anggota keselamatan di Pulau Mataking, Semporna.

Baca: Segeralah Bertaubat – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing

Lagi: Netizen Ini Dakwa Orang Melayu Patut Bela Anjing

Uniknya, anjing yang dinamakan sebagai Lobo ini dikatakan ‘setia’ menemani pegawai dan anggota Batalion 14, Pasukan Gerakan Am PDRM dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) setiap kali melakukan rondaan bersama.

Bahkan Lobo tanpa gagal akan mengekori kumpulan rondaan PDRM dan RAMD ketika mereka berjalan kaki memantau keadaan persekitaran seolah-olah haiwan itu menjadi sebahagian daripada ahli pasukan tersebut.

Menariknya, anggota terbabit khasnya beragama Islam dilaporkan tetap menjaga hukum syarak apabila tidak pula ‘membelai’ haiwan najis berat mughallazah itu waima anjing berkenaan pun adalah jinak dan tidak berbahaya.

Difahamkan, setiap anggota bertugas dipantau agar sentiasa mematuhi garis panduan ditetapkan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah termasuk jelas hukum haram jika sentuh anjing tanpa sebab diizinkan syariah.

Baca: Umat Islam Dilarang Pelihara Anjing Dalam Rumah

Lagi: Kantoi Ketua Biro Agama PKR Kata Haram Sentuh Anjing

Untuk rekod, Bahagian Kaunseling Bimbingan Agama PDRM dan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) turut menetapkan panduan dari segi uruf di Malaysia berpegang teguh fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah mazhab Shafie.

Justeru hanya mereka yang bukan beragama Islam dibenarkan memegang anjing dan tidak timbul isu anggota pasukan keselamatan Muslim ‘bebas bermanja’ dengan haiwan tersebut kerana hukum adalah jelas haram!

Selain Lobo, terdapat tiga ekor lagi anjing sepertinya yang menghuni pulau tersebut dan memilih untuk menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ besar petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Secara kebetulan, ia seperti baka German Shepherd yang lazim digunakan pihak polis dan kini menjadi seumpama petugas di Pos Gabungan PDRM-RAMD ATM dalam menjaga keselamatan pulau tersebut. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: anjing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd