• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Ditahan Terlibat Penyalahgunaan Dadah

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang guru sekolah rendah antara 14 individu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Kuala Muda kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan ‘Ops Segantang Garam’ di kawasan hutan bakau, Sungai Petani, hari ini.

Guru lelaki yang berusia 43 tahun itu, ditahan oleh anggota AADK ketika dalam perjalanan ke ‘sarang’ menghisap dadah yang dipasang dengan khemah kecil terletak di bawah pokok di dalam kawasan hutan bakau itu.

Ketua AADK Cawangan Kuala Muda, Shamshuri Yusoff berkata dalam operasi yang bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi dengan disertai 10 anggota itu telah berjaya menahan kesemua individu yang berumur antara 20 hingga 65 tahun ketika sedang leka mengambil dadah.

“Ini merupakan kali ketiga guru terbabit ditahan atas kesalahan yang sama iaitu penyalahgunaan dadah namun telah dibebaskan selepas dijamin oleh keluarganya kerana laporan ujian air kencingnya masih belum diperolehi.

Sekiranya laporan yang diperoleh menunjukkan guru terbabit positif dadah, dia akan didakwa di mahkamah dan hukuman dihantar ke pusat serenti selama dua tahun akan dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi.

Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Pejabat AADK Kuala Muda bagi menjalankan pemeriksaan ujian air kencing. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd