• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Tergempar DAP Bincang Arahan RoS

oleh AK-47
08/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur Sabtu untuk membincangkan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya parti itu membuat pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baharu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata walaupun masih belum menerima surat, DAP melihat arahan terbaharu RoS itu sebagai satu tindakan yang serius.

Menurutnya, pihaknya perlu meneliti isi kandungan surat rasmi daripada RoS kepada DAP terlebih dahulu, sebelum menentukan tindakan yang akan diambil parti.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di ‘The Majestic Theatre’ di sini hari ini, beliau berkata keputusan muktamad akan dibuat oleh CEC dalam mesyuarat esok namun ia tertakluk kepada kandungan surat rasmi daripada RoS.

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah meminta DAP supaya mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 September 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Menurut Mohammad Razin, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.

Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, turut mengakui bahawa keputusan RoS itu akan menjejaskan persiapan dan persediaan DAP dalam menghadapi pilihan raya umum.

Katanya DAP berasa amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh RoS hari ini oleh kerana pemilihan CEC parti itu berlangsung hampir empat tahun lepas namun sekarang baru pihak RoS meminta supaya diadakan pemilihan baharu. – BERNAMA

Tags: DAPLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Polisi Moral Tidak Membayar Bil, Sebaliknya Hasil Pelancongan Dan Ekonomi’ – MP DAP

‘Polisi Moral Tidak Membayar Bil, Sebaliknya Hasil Pelancongan Dan Ekonomi’ – MP DAP

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Polisi moral tidak membayar bil, sebaliknya hasil pelancongan dan ekonomi yang berkembang pesat membayarnya. Demikian mesej Ahli...

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendakwa majlis ‘fundraising dinner’ anjuran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd