• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Kes JE Dikesan Di Sarawak – Subramaniam

oleh AK-47
08/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu kes penyakit Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Sarawak melibatkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata kanak-kanak dari Taman Sentoria, Jalan Stakan di Kota Samarahan itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 25 Mei lepas.

“Kita telah mendapat laporan berhubung kes tersebut semalam daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dan kita akan terus membuat pemantauan.

“Kita akan memaklumkan sekiranya terdapat kes baharu atau ia hanya satu kes terpencil yang mungkin berkaitan dengan gaya hidup masyarakat di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Sakit Pediatrik ke-11 di sini hari ini.

Katanya kanak-kanak itu mengalami gejala demam, sakit kepala serta perubahan tingkah laku dan disahkan positif JE melalui keputusan ujian bendalir serebrospina (CSF) serta ujian darah.

Subramaniam berkata JKN Sarawak akan terus melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan termasuk penyemburan kabus dan aktiviti ‘larviciding’ bagi membunuh jentik-jentik nyamuk di kawasan terbabit.

Selain itu, vaksin JE diberikan sepenuhnya kepada kanak-kanak dan remaja berumur 15 tahun ke bawah.

Penyakit JE adalah disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex daripada khinzir yang telah dijangkiti kepada manusia namun transmisi virus tersebut tidak boleh berlaku daripada manusia atau individu yang dijangkiti kepada manusia lain. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd