• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Gerakan Yakin Rampas DUN Sidam & Derga

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Parti Gerakan yakin dapat merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam dan Derga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Kong.

Beliau berkata parti itu sudah pun menyusun strategi untuk menghadapi PRU14 bagi memastikannya meraih kemenangan dan meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.

“Walaupun kita kalah di dua kerusi itu pada PRU13, calon yang bertanding tetap meneruskan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat Kedah…jika dilihat, kita kalah tipis di Derga jadi saya yakin kita mampu menang semula kerusi itu.

“…Gerakan dan parti komponen lain perlulah terus bekerjasama bagi membolehkan kerusi-kerusi di Kedah dirampas kembali,” katanya kepada pemberita selepas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merasmikan persidangan perwakilan Gerakan peringkat negeri 2017 di sini, hari ini.

Pada PRU13, calon BN dari Gerakan Bee Sieong Heng kalah kepada Robert Ling Kui Ee dari PKR dengan majoriti 5,964 undi dalam pertandingan DUN Sidam di bawah Parlimen Sungai Petani.

DUN Derga di bawah Parlimen Pokok Sena pula dimenangi Tan Kok Yew (DAP) apabila mengalahkan Dr Cheah Soon Hai calon BN (Gerakan) dengan majoriti 1,156 undi.

Mah berkata bagi PRU14, Gerakan menamakan Cheah sebagai calon untuk bertanding semula bagi merebut kerusi DUN Derga manakala di kerusi DUN Sidam, parti itu mencalonkan Bendahari Gerakan Kedah Tan Kok Seong.

“Dengan pemilihan calon lebih awal, ia membolehkan mereka bekerja lebih awal untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul dan tidak hanya menunggu di saat-saat akhir sebelum pilihan raya,” katanya sambil memberitahu sokongan rakyat di negeri ini adalah lebih baik berbanding PRU13. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mah Siew KongDUNPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Empat Timbalan Menteri Persekutuan Bersaing Rebut Kerusi DUN

PRN Sabah: Empat Timbalan Menteri Persekutuan Bersaing Rebut Kerusi DUN

15/11/2025
0

KOTA KINABALU - Empat Timbalan Menteri Persekutuan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang turut menyaksikan 596 calon...

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

21/09/2025
0

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) membabitkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd